Hi! Welcome Back and Stay Tune! DJI FPV Berkelajuan Tinggi Dengan Gogal Khas Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DJI FPV Berkelajuan Tinggi Dengan Gogal Khas Dilancarkan


DJI FPV dilancarkan hari ini dengan beberapa ciri menarik yang membolehkan ia melakukan pelbagai aksi akrobatik. Pertama sekali dron ini mampu terbang ke kelajuan 100 km/j dalam masa hanya dua saat yang lebih pantas dari pecutan kebanyakan kereta berprestasi tinggi di pasaran. Ia turut boleh terbang pada kelajuan maksimum 140 km/j.

Dengan rekaannya yang padat, ia boleh melakukan pelbagai aksi akrobatik seperti balik kuang dan berpusing dengan pantas. Bagi membolehkan penerbangan dilakukan dengan selamat, DJI FPV diterbangkan dengan menggunakan gogal DJI FPV Goggles V2 yang membolehkan pengguna menerbangkannya menerusi sudut pandangan pertama sehingga jarak 10km.

Terdapat sebuah alat kawalan khas yang dilengkapi butang kecemasan yang memberhentikan dron dan ia akan terapung secara automatik. Dron turut hadir dengan tiga mod penerbangan. Mod Normal untuk penerbangan normal dan pengguna yang baru berjinak-jinak. Mod Manual pula untuk pengguna berpengalaman dengan sensor keselamatan dimatikan. Akhir sekali ialah Mod Sport yang terletak di antara mod Normal dan Manual.

Dari segi kemampuan video pula, ia boleh merakam sehingga resolusi has a 4K 60fps atau gerak perlahan 1080p 120fps. Sistem gimbal DJI RockSteady memastikan video yang dirakam boleh diambil dengan stabil. Kita DJI FPV ditawarkan dengan dron, alat kawalan jauh, pek bateri dan gogal pada harga $1299 (~RM 5264).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.