Siri Redmi Note 10 Sah Menggunakan Skrin AMOLED Dengan Kadar Segar Semula 120Hz
Siri Redmi Note 10 akan dilancarkan secara global pada 4 Mac ini. Maklumat tertiris mengenainya kini semakin menular di media sosial. Kebanyakannya dilihat memberi suatu gambaran yang baik mengenai spesifikasi padanya. Salah satu daripadanya, ia disahkan hadir dengan skrin AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz.
Ini sekaligus menjadikan ia sebagai peranti Redmi Note pertama yang hadir dengan spesifikasi berkenaan. Meskipun begitu, butiran lanjut mengenai model manakah di bawah siri ini yang akan dilengkapi spesifikasi berkenaan masih belum diketahui. Menurut spekulasi awal, peranti berkenaan berkemungkinan adalah Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.
Ia berikutan tularnya sebuah video promosi yang memaparkan rekaan dan spesifikasi penuh untuk Redmi Note 10 Pro. Sumber mengatakan ia dimuat naik oleh pihak Xiaomi UK menerusi Youtube. Antara spesifikasi lain pada peranti yang didedahkan – termasuklah sokongan pembesar suara stereo, pengecasan pantas 33W, kamera utama 108-Megapixel dan beberapa pilihan warna seperti kemasan jingga dan biru. Namun begitu, hasil tinjauan kami mendapati video berkenaan telah diturunkan daripada laman tersebut.
Kemudian, terdapat juga imej tular yang memperlihatkan Redmi Note 10 bersama kotak pembungkusannya. Di samping itu, ia turut mendedahkan sejumlah spesifikasi pada peranti – termasuklah dijana cip Snapdragon 678, menggunakan skrin AMOLED dengan saiz 6.43-inci, kamera utama 48-Megapixel dan bateri 5000mAh bersama pengecasan 33W.
Dengan adanya kesemua ketirisan seperti ini – ia sedikit sebanyak memberi gambaran awal mengenai peranti-peranti berkenaan. Seperti biasa, kekal setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment