Dron Loyal Wingman Yang Mengiring Pesawat Pejuang Melakukan Penerbangan Pertama
Robot akan menggantikan manusia di kilang, pejabat dan seterusnya di medan perang. Fiksyen sains seperti The Terminator yang dahulunya dianggap mustahil kini semakin hampir menjadi realiti dengan beberapa dron tempur (UCAV) mula dibangunkan. UCAV Loyal Wingman yang diumumkan dua tahun lalu sebagai contoh telah berjaya melakukan penerbangan pertama minggu lalu.
Penebangan pertama dilalukan pada 27 Februari lalu di Woomera Range Complex, Selatan Australia. Sepanjang penerbangan, Loyal Wingman sekadar diberikan arahan untuk terbang, pergi ke destinasi dan mendarat. Ia kemudiannya memikirkan sendiri secara automatik tanpa campur tangan manusia.
Dengan kejayaan penerbangan pertama, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) memesan tiga lagi Loyal Wingman dari Boeing dan dengan ini akan mempunyai enam UCAV yang boleh digunakan sebagai pengiring pesawat pejuang. Loyal Wingman dibangunkan oleh Australia dengan bantuan Boeing Airpower Teaming System (BATS).
Pelbagai sensor boleh diletakkan pada bahagian hidung Loyal Wingman bagi melakukan pemantauan barisan hadapan sebelum pesawat pejuang dengan juruterbang manusia memasuki zon peperangan. Terdapat rancangan untuk menambah kemampuan senjata pula di masa hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment