Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undang-Undang EU Mewajibkan Peralatan Elektrik Disokong Pengeluar Sehingga 10 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undang-Undang EU Mewajibkan Peralatan Elektrik Disokong Pengeluar Sehingga 10 Tahun


Lambakan sisa elektronik adalah isu yang besar bagi negara dunia ketiga seperti Malaysia. Negara Barat mengeksport sisa ini ke negara luar untuk dikitar semula tetapi kemudian didapati hanya mencemarkan negara tersebut. Malaysia tegas menghantar semula sampah dari Eropah selepas amalan keji ini berjaya dipintas pihak berkuasa. Bagi mengurangkan sisa elektronik, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan peralatan elektrik disokong pengeluar sehingga 10 tahun.

Di bawah undang-undang hak pengguna yang baru sahaja diluluskan, pengeluar peti sejuk, pengering rambut, mesin basuh dan televisyen perlu memastikan peralatan elektrik mereka boleh dibaiki dalam tempoh 10 tahun di 27 negara EU. Mereka perlu memastikan alat ganti dapat dibeli oleh pengguna sekiranya berlaku kerosakan. Ini sekaligus akan menghentikan amalan peralatan elektrik yang disenaraikan tadi ibuang kerana tiadanya alat ganti.

Pengumuman undang-undang baharu ini dilakukan beberapa hari selepas Apple mula meletakkan tahap keboleh-baikian peranti mereka di Perancis. Dengan markah yang diberikan, pengguna di Perancis boleh mengetahui sama ada peranti Apple yang ingin dibeli mudah untuk dibaiki sekiranya berlaku kerosakan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.