Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Berkongsi Lanjut Berkaitan Masalah Aplikasi Tergendala Dan Sukar Dibuka Yang Melanda Ramai Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Berkongsi Lanjut Berkaitan Masalah Aplikasi Tergendala Dan Sukar Dibuka Yang Melanda Ramai Pengguna


Google hari ini berkongsi lanjut berkaitan masalah yang dihadapi ramai pengguna seluruh dunia untuk tempoh 24 jam lepas, dimana pelbagai aplikasi tergendala dan sukar diakses – termasuk MySejahtera.

Menurut Google, melalui siasatan yang dijalankan, mereka mendapati terdapat masalah pada kemaskini aplikasi WebView yang membawa masalah kepada sejumlah aplikasi tergendala.

Untuk mengatasinya, pengguna perlu kemaskini aplikasi Android System WebView dan juga Google Chrome.

Google meminta pengguna untuk mengemaskini kedua-dua aplikasi ini melalui Google Play Store untuk mengatasi masalah ini.

Apa pun, pada Android 10 dan Android 11, Google turut mendapati terdapat pengguna yang menghadapi masalah untuk mengemaskini kedua-dua aplikasi ini.

Untuk mengatasinya, Google mencadangkan langkah berikut:

  • Buka aplikasi Settings
  • Tap pada Apps & Notifications > Google Play Store > Storage & Cache > Clear Data
  • Kemaskini aplikasi WebView dan juga Google Chrome

Google mengatakan mereka tidak mengalakkan pengguna nyah-pasang kemaskini WebView, kerana ia mungkin membawa kepada kehilangan data untuk beberapa aplikasi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.