Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Merancang Untuk Hadir Dengan Konsol Seumpama Nintendo Switch Berasaskan Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Merancang Untuk Hadir Dengan Konsol Seumpama Nintendo Switch Berasaskan Android


Qualcomm kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti berasaskan Android yang memfokuskan kepada permainan video, dan hadir dengan rekaan seumpama Nintendo Switch.

Ini sekaligus akan memperlihatkan penyertaan Qualcomm dalam arena konsol, selain memperlihatkan kuasa operasi cip Qualcomm dalam arena permainan video. Qualcomm dijangka memasarkannya seawal tahun 2022 kelak. 

Menurut laporan Android Police, konsol ini dijangka hadir dengan alat kawalan yang boleh ditanggalkan seumpama Nintendo Switch, selain turut mengakses kepada sejumlah permainan Android – termasuk seperti Fortnite, PUBG, Genshin Impact dan sebagainya.

Nintendo Switch

Ia diperkatakan Qualcomm bukan sekadar membangunkan peranti konsep, tetapi sebaliknya menyasarkan untuk memasarkan konsol ini kepada orang ramai.

Sekiranya benar, tidak mustahil juga kita melihat penawaran pengeluar lain yang turut dengan peranti lebih kurang sama sebaik sahaja selepas pengenalan pihak Qualcomm kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.