Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Akan Melaburkan $20 Bilion Untuk Membangunkan Kilang Pembangunan Cip Pemprosesan Dengan Teknologi Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Akan Melaburkan $20 Bilion Untuk Membangunkan Kilang Pembangunan Cip Pemprosesan Dengan Teknologi Baru


Salah satu sebab mengapa Intel mendominasi industri cip pemprosesan untuk satu jangka-masa yang lama sebelum ini adalah kerana mereka mempunyai kilang pembangunan cip pemprosesan yang dibangunkan mereka sendiri, dimana mereka boleh mengawal pengeluaran cip pemprosesan mereka, disamping menjamin kualiti produk yang dikeluarkan.

Sayangnya kebelakangan ini Intel dilihat sedikit ketinggalan dari segi teknologi yang digunakan, tetapi dengan CEO baru mereka, Pat Gelsinger, Intel dilihat bersiap-sedia untuk mengorak langkah baru dalam membangunkan cip-cip pemprosesan yang lebih berkuasa melalui sebuah plan yang dinamakan IDM 2.0.

Melalui IDM 2.0, Intel akan melaburkan sebanyak $20 bilion (~RM80 bilion) untuk membangunkan dua kilang pembangunan cip pemprosesan di Arizona untuk membangunkan cip-cip pemprosesan di masa hadapan.

Kilang-kilang ini juga akan hadir dengan kelengkapan untuk membina cip pemprosesan menggunakan proses 7nm dan dijangka akan beroperasi pada tahun 2024 kelak. Buat masa ini, Intel masih menggunakan gabungan kilang-kilang mereka sendiri dan juga perkhidmatan pembangunan cip TSMC untuk membangunkan pelbagai cip-cip yang kemudiannya digunakan untuk pasaran pengguna dan perindustrian.

Untuk kilang-kilang mereka yang sedia ada, Intel juga bakal mula mengilangkan cip-cip pemprosesan untuk syarikat-syarikat pembuat peranti dan perkhidmatan yang memerlukannya dibawah nama Intel Foundry Services. Melalui IFS, Intel nampaknya akan menggunakan proses yang lebih selari dengan kehendak industri, dan ini membolehkannya untuk membuka perkhidmatan mereka ke pasaran-pasaran yang lebih besar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.