Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yahoo Dijangka Memperkenalkan Langganan Perkhidmatan Dan Kandungan Dibawah Jenama “Yahoo Plus” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yahoo Dijangka Memperkenalkan Langganan Perkhidmatan Dan Kandungan Dibawah Jenama “Yahoo Plus”


Yahoo merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai pengguna. Ia merupakan salah satu gergasi internet yang popular suatu ketika dahulu dengan penawaran berita, enjin carian, emel, permesejan dan sebagainya. Namun, dari tahun ke tahun, Yahoo telah digantikan dengan beberapa perkhidmatan lain seperti Google dan lain-lain.

Apa pun, sehingga ke hari ini, Yahoo mempunyai penggunanya tersendiri, dan beberapa perkhidmatan yang masih popular. Disamping itu, ia turut telah diambil-alih oleh Verizon – salah satu syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat, dan digabungkan dengan bahagian media serta kandungan.

Kini, bergerak ke hadapan, Yahoo dilaporkan memperkenalkan perkhidmatan langganan mereka tersendiri dinamakan sebagai Yahoo Plus.

Melalui Yahoo Plus, pihak Yahoo dijangka hadir dengan beberapa pelan berbeza, termasuk seperti Yahoo Mail Plus memfokuskan perkhidmatan emel tanpa iklan, Yahoo Finance Plus memfokuskan penawaran kandungan dan kajian berkaitan kewangan, selain beberapa perkhidmatan lain – termasuk memfokuskan berita dengan gabungan sejumlah media dibawah Verizon Media Group.

Verizon sendiri dijangka menggunakan jenama Yahoo dalam memfokuskan penawaran perkhidmatan dan kandungan menyasarkan pengguna awam.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Yahoo Plus akan diperkenalkan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.