Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Anzu Dilancarkan – Cermin Mata Pintar Dengan Speaker Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Anzu Dilancarkan – Cermin Mata Pintar Dengan Speaker Terbina


Razer pagi ini melancarkan cermin mata pintar pertama mereka iaitu Razer Anzu. Ia bukanlah sebuah kaca mata dengan teknologi AR tetapi lebih menyerupai apa yang ditawarkan oleh Huawei dan Bose. Cermin mata pintar ini boleh ditambat kepada telefon pintar menerusi teknologi bluetooth.

Ini membolehkan muzik dimainkan menerusi speaker terbina pada tangkai dan dengan mikrofon ia turut boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon serta menyeru pembantu maya. Menurut Razer dengan sekali caj, Anzu boleh beroperasi sehingga lima jam sahaja. Untuk mengecasnya semula, sebuah tempat simpanan merangkap pod pengecas akan disertakan.

Dua rekaan ditawarkan iaitu bingkai bulat dan bingkai empat segi serta saiz kecil dan besar. Ciri menarik lain ialah terdapat sistem kawalan sesentuh pada bahagian tangkai dan cermin yang boleh menapis sinaran ultra ungu dan biru yang boleh merosakkan mata untuk jangka masa panjang. Kaca yang diberikan adalah jenis terang tetapi kaca mata hitam boleh dibeli secara berasingan. Ia boleh dibeli sekarang pada harga $199.99 (~RM800) sepasang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.