Samsung Dan Mastercard Membangunkan Kad Kredit Dengan Pengimbas Cap Jari
Penipuan kad kredit mengakibatkan kerugian jutaan ringgit setahun. Ia terlalu mudah digunakan jika nombor anda diketahui oleh si pencuri. Penyelesaian yang ingin diambil oleh Samsung dan Mastercard ialah memperkenalkan sistem biometri sebagai pengesahan identiti pengguna.
Samsung Electronics System LSI Business, Mastercard dan Samsung Card telah menandatangani perjanjian untuk menghasilkan kad kredit dengan pengimbas cap jari ini. Menerusinya satu lagi lapisan keselamatan akan melindungi pengguna dari kad digunakan tanpa kebenaran. Pengguna juga tidak perlu memasukkan pin sebaliknya pengesahan biometro sahaja sudah memadai.
Samsung Card akan memperkenalkan kad ini di Korea Selatan terlebih dahulu tahun ini di kalangan pengguna korporat yang banyak melakukan transaksi di luar negara. Enam tahun lalu Mastercard memperkenalkan pengesahan identiti dengan menggunakan swafoto tetapi nampaknya ia tidak dikembangkan selepas ujian dilakukan di Amerika Syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment