Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy XCover 5 Dilancarkan – Cip Exynos 850, Ketahanan IP68 Dan Bateri Boleh Ditanggalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy XCover 5 Dilancarkan – Cip Exynos 850, Ketahanan IP68 Dan Bateri Boleh Ditanggalkan


Sebuah lagi peranti tahan lasak daripada Samsung kini dilancarkan secara rasmi – iaitu Samsung Galaxy Xcover 5. Ia merupakan pengganti kepada Samsung Galaxy Xcover 4 yang dilancarkan sekitar tahun 2017. Binaannya juga dilihat menggabungkan elemen ketahanan dan keselesaan yang memfokuskan kepada kegunaan untuk persekitaran kerja yang lasak.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Xcover 5 menggunakan paparan bersaiz 5.3-inci TFT LCD dengan resolusi HD+. Ia juga dilengkapi cip Exynos 850 yang dibantu oleh memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Melengkapi peranti juga adalah bateri 3000mAh yang boleh ditanggalkan, kamera utama 16-Megapixel (f/1.8) , kamera swafoto 5-Megapixel (f/2.2) dan ketahanan IP68.

Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai pensijilan MMIL-STD810H dan dilengkapi fungsi push-to-talk yang membolehkan pengguna menggunakan peranti pintar ini sebagai walkie-talkie menerusi aplikasi Microsoft Teams.

Spesifikasi lain termasuklah – sokongan NFC, pengecasan 15W, sistem operasi Android 11 dengan ciri keselamatan Knox dan sebagainya. Untuk harga, Samsung Galaxy Xcover 5 dijual pada €290 (~RM1,411) dan terhad untuk beberapa pasaran di Asia, Eropah dan Amerika Latin.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.