Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebanyak 444 Juta Peranti Boleh Pakai Dipasarkan Pada Tahun Lepas – Apple Masih Mendahului Pasaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebanyak 444 Juta Peranti Boleh Pakai Dipasarkan Pada Tahun Lepas – Apple Masih Mendahului Pasaran


Tahun 2020 memperlihatkan peningkatan dari segi pembelian komputer desktop dan komputer riba untuk tujuan pembelajaran dan juga bekerja dari rumah. Laporan IDC terbaru turut memperlihatkan peningkatan dari segi pasaran untuk peranti boleh pakai, ataupun wearables secara global.

IDC mengatakan bahawa pada suku keempat tahun lepas, sebanyak 153 juta peranti boleh pakai telah dipasarkan, iaitu peningkatan 27.2 peratus dari tahun-ke-tahun, dan secara keseluruhannya untuk tahun 2020, sebanyak 444.7 juta peranti boleh pakai telah dijual, iaitu peningkatan 28.4 peratus dari tahun-ke-tahun.

Apa yang menarik mengenai ini ialah peranti yang dibeli paling banyak oleh pengguna bukanlah jam ataupun gelang tangan pintar, tetapi fon telinga. Pasaran jam pintar nampaknya menurun dengan agak mendadak, dimana IDC mengatakan bahawa pada suku keempat 2020, pemasaran jam pintar menurun 17.8 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, penjualan jam dan gelang tangan pintar hanyalah sebanyak 11.5 peratus daripada jualan peranti boleh pakai pada suku tersebut. Penjualan fon telinga pintar dilihat meningkat dengan mendadak pada tahun lepas kerana sama seperti komputer, ia adalah satu keperluan untuk bekerja di rumah, khususnya bagi tujuan perjumpaan telesidang diantara rakan kerja, dan kehendak pengguna untuk mengurangkan kekacauan bunyi sewaktu bekerja.

Tidak mengejutkan, Apple dilihat mendahului segmen peranti boleh pakai ini, dimana ia adalah satu-satunya syarikat dimana penjualan jam pintar mereka meningkat, khususnya dengan penjualan Apple Watch SE dan Series 6 yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri terbaru.

Xiaomi menduduki posisi kedua, dimana penjualan fon telinga pintar mereka meningkat 55.5 peratus berbanding suku yang sama pada tahun sebelum, walaupun penjualan gelang tangan pintar mereka merosot 18.3 peratus.

Di tempat ketiga pula ialah Samsung, dimana sama seperti Xiaomi, memperlihatkan jumlah penjualan fon telinga yang lebih tinggi berbanding dengan gelang dan jam tangan pintar. Mereka dilaporkan memasarkan 8.8 juta fon telinga pintar dan sekitar 1.3 juta gelang dan jam tangan pintar.

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai corak pemasaran peranti-peranti boleh pakai ini pada suku keempat dan keseluruhan tahun 2020, anda boleh membaca laporan IDC di sini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.