Hi! Welcome Back and Stay Tune! Black Shark 4 Pro Bakal Hadir Dengan Sokongan Tri-Kamera Belakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Black Shark 4 Pro Bakal Hadir Dengan Sokongan Tri-Kamera Belakang


Baru-baru ini, kita telah menyaksikan pengenalan beberapa peranti yang memfokuskan kepada permua daripada Asus dan Nubia. Setiap satu daripadanya dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadi titik tarikan masing – masing sama ada dari segi dalaman mahupun luaran.

Black Shark juga tidak ketinggalan bakal hadir dengan penawaran peranti permua mereka yang seterusnya iaitu Black Shark 4. Jenama ini dipercayai memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model berbeza yang terdiri dengan Black Shark 4 dan Black Shark4 Pro. Dalam perkembangan terkini, makumat mengenai sokongan kamera utama pada Black Shark 4 Pro dilaporkan telah tertiris. Peranti ini bakal hadir dengan sokongan tri-kamera di belakang.

Maklumat ini diperoleh menerusi perkongsian hantaran berbentuk hasil gambar yang dimuat-naik oleh pihak BlackShark, Lou Yuzhou di laman Weibo. Meskipun, ia tidak didedahkan secara khusus. Namun, tera air (watermark) pada gambar berkenaan jelas menunjukkan ia diambil menggunakan model Black Shark 4 Pro. Bukan itu sahaja, turut kelihatan perkataan “AI Triple Camera” pada tera air berkenaan jelas menujukkan peranti tersebut hadir dengan penggunaan tri-kamera utama.

Namun begitu, konfigurasi pada kamera peranti masih kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Spekulasi awal mengatakan peranti ini akan mempunyai tetapan kamera yang sama dengan Black Shark 3 sebelum ini – dengan sensor 64-Megapixel + 13-Megapixel + 5-Megapixel. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut berkaitan perkara ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.