Xiaomi Mi Pad 5 Mungkin Menggunakan Cip Snapdragon 870, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 144Hz
Xiaomi sedia hadir dengan penawaran Xiaomi Mi Pad 4 sekitar bulan Jun 2018 yang lalu dan ia merupakan sebuah tablet yang dilengkapi skrin sebesar 8-inci bersama spesifikasi kelas pertengahan menerusi janaan cip Snapdragon 660. Dalam perkembangan terkini, pihak Xiaomi dilaporkan dalam perancangan untuk pengenalan tablet baharu yang mungkin dikenali sebagai Xiaomi Mi Pad 5 kelak.
Menurut spekulasi awal, tablet ini dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 10.95-inci LCD dengan resolusi 2K. Bukan itu sahaja, skrin ini juga mungkin menyokong kadar segar semula yang tinggi mencecah 144Hz dan kadar sentuhan 480Hz. Selain itu, ia juga dipercayai menggunakan sensor kamera sebesar 20-Megapixel + 13-Megapixel, sokongan pengimbas cap jari sisi, sistem operasi MIUI untuk tablet, dan berat sekitar 510gram.
Tidak ketinggalan, tablet ini turut dikatakan hadir dengan pilihan cip Snapdragon 870 atau MediaTek Dimensity 1200. Namun, kedua-duanya akan mempunyai nama model yang berbeza – di mana mungkin dipanggil sebagai Xiaomi Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro. Buat masa ini, perlu diingatkan maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
rumah mampu milik
ReplyDeleterumah mampu milik johor
rumah pertamaku
rumah pertama