Hi! Welcome Back and Stay Tune! 14 Daripada 25 Telefon 5G Terpantas Dikeluarkan Samsung – iPhone Langsung Tidak Tersenarai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

14 Daripada 25 Telefon 5G Terpantas Dikeluarkan Samsung – iPhone Langsung Tidak Tersenarai


Raja 5G pada tahun 2019 ialah Samsung kerana mereka antara yang terawal menawarkan telefon pintar yang menyokong rangkaian selular generasi terkini. Tetapi adakah mereka turut merajai kelajuan Internet terpantas pada rangkai 5G? Jawapannya ialah ya sekiranya anda duduk di Amerika Syarikat. Opensignal telah menerbitkan laporan 25 telefon pintar dengan kelajuan Internet 5G terpantas dan 14 daripadanya adalah keluaran Samsung manakala Apple langsung tidak tersenarai.

Telefon dengan kelajuan 5G terpantas ialah Samsung Galaxy S21 5G dengan kelajuan muat turun purata  56.0 Mbps diikuti pula oleh TCL Revvl 5G (49.8 Mbps), OnePlus 8T+ (49.3 Mbps), Samsung Note10+ 5G (48.5 Mbps) dan Samsung Galaxy S21 Ultra (47.5 Mbps). Apple iPhone 12 Pro Max ialah peranti Apple dengan kelajuan 5G terpantas iaiatu 36.2 Mbps sahaja yang tidak melayakkan ia memasuki senarai 25 peranti rangkaian 5G terpantas.

Kelajuan purata 5G di Amerika Syarikat adalah amat rendah berbanding kelajuan 5G yang boleh mencecah 1 Gbps. Di Malaysia pada Disember lalu, kelajuan 4G purata ialah 12.7 Mbps. Jadi jika anda mengharapkan 5G akan mengubah kelajuan interneat selular dengan sekelip mata, mungkin anda perlu merendahkan harapan segera.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.