Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aktivis gesa golongan OKU ‘bersuara’ pada PRU15 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aktivis gesa golongan OKU ‘bersuara’ pada PRU15


 

PETALING JAYA: Aktivis dan bekas senator Bathmavathi Krishnan menyeru agar golongan orang kurang upaya (OKU) ‘bersuara’ pada pilihan raya akan datang (PRU15) sekiranya mereka mahu melihat negara menjadi lebih mesra OKU.

Kata beliau, golongan OKU mesti menuntut apa yang telah dijanjikan kepada mereka dan harus memastikan suara mereka didengar ketika pilihan raya.

Golongan OKU mungkin, secara teknikal, tidak diberi peluang menikmati hak yang sama dengan orang lain, kata Bathma.

“Tetapi nilai suara mereka setara dengan orang lain,” tambah beliau.

“Kita mempunyai undi yang kuat dalam tangan kita, jadi saya menggesa golongan OKU untuk mengundi calon yang boleh membawa hasil.”

Bathma terlibat dengan beberapa inisiatif untuk membantu golongan OKU, seperti membantu mendapatkan kelulusan untuk alat bantuan memandu bagi penderita paraplegik dan membantu mengasaskan Wheelchair Tennis Malaysia dan Persatuan Kecederaan Spina Malaysia.

Beliau juga adalah presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia dan pernah menjadi senator daripada 2013 hingga 2019.

Walaupun banyak dasar telah dicipta untuk membantu golongan ini, beliau berkata, pelaksanaannya ketinggalan.

Akses bagi OKU masih kurang di banyak bangunan, walaupun pindaan telah dibuat kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam pada 1990.

Menurut undang-undang kecil tersebut, setiap bangunan dan kawasan awam hendaklah menyediakan akses untuk OKU.

“(Kemudahan) seperti tempat letak kenderaan, tanjakan, papan tanda, bantuan taktil untuk orang buta,” kata beliau.

Bagaimanapun, banyak tempat masih tidak mampu menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah menyokong menetapkan 1% kuota pekerjaan dalam kementerian untuk OKU, tetapi dalam kerajaan sendiri, hanya 0,22% daripada jumlah pekerjaan diberikan kepada OKU setakat Jun 2019.

Salah satu isu yang diperjuangkan oleh Bathma dan pemimpin komuniti lain adalah penubuhan jabatan khas bagi hal ehwal OKU bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak memiliki kuasa untuk berfungsi secara menyeluruh dalam semua kementerian.

“Keperluan kita secara menyeluruh, seperti perumahan, pengangkutan, sukar bagi jabatan OKU itu untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan, Kementerian Pengangkutan misalnya untuk melaksanakan hal-hal tertentu,” kata beliau.

Dengan kira-kira 15% daripada populasi hidup dengan kekurangan upaya seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau berkata, komuniti itu boleh menjadi “faktor penentu” dalam memilih kerajaan seterusnya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.