Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tencent Dan ByteDance Menguji Cara Untuk Memintas Dasar Privasi Apple Terbaru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tencent Dan ByteDance Menguji Cara Untuk Memintas Dasar Privasi Apple Terbaru


Apple bakal mengemaskini sistem operasi iOS mereka dengan sejumlah ciri dan dasar-dasar baru yang dikatakan mementingkan keselamatan digital pengguna, dan salah satu kemaskini terbesarnya ialah pengguna boleh memilih samada mahu penggunaan aplikasi mereka dijejak pembangun ataupun tidak.

Facebook misalnya mengatakan bahawa keputusan ini akan menyebabkan pengiklanan pada aplikasi-aplikasi seperti mereka menjadi caca-merba kerana rata-rata orang ramai tidak akan mahu data mereka dijejak.

Menariknya, ia dilaporkan bahawa syarikat-syarikat teknologi China seperti ByteDance dan Tencent akan menguji satu cara untuk memintas dasar privasi Apple tersebut, dan terus menjejak penggunaan pengguna sama ada mereka menerima kebenaran ataupun tidak.

Menurut laporan Financial Times, ByteDance dan Tencent akan menggunakan perisian yang dinamakan CAID yang dibangunkan oleh China Advertising Association, sebuah badan pengiklanan yang menerima sokongan kerajaan China.

Aplikasi-aplikasi keluaran China seperti TikTok dan sebagainya boleh menggunakan CAID untuk menggantikan IDFA (Identifier For Advertisers), sebuah sistem penjejakan data untuk tujuan pengiklanan yang boleh digunakan dengan kebenaran pengguna.

Berdasarkan apa yang dilaporkan, CAID ini nampaknya terhad penggunaannya di China setakat ini, dan Apple sedar mengenai kewujudan sistem penjejakan data pengguna ini. Buat masa ini, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pintasan sistem ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.