Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya kemuka pas kerja, surat majikan untuk urusan kerja di kawasan PKPD di Perak, kata polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya kemuka pas kerja, surat majikan untuk urusan kerja di kawasan PKPD di Perak, kata polis


 

Empat mukim dikenakan PKPD di Perak bermula semalam hingga 4 Jun iaitu Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak; Mukim Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama; Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.

IPOH: Pekerja perkhidmatan perlu dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di empat mukim di Perak tidak lagi dikehendaki mengemukakan ujian saringan kesihatan untuk keluar dan masuk bagi urusan kerja di kawasan terbabit.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka dibenarkan bergerak dengan hanya mengemukakan pas kerja atau surat majikan.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

“Sebelum ini, prosedur operasi standard (SOP) menetapkan mana-mana individu perkhidmatan perlu yang tinggal di kawasan PKPD dan bertugas di luar harus menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu di klinik kesihatan berdekatan.

“Mengikut SOP yang terbaharu, saringan kesihatan tidak diperlukan lagi,” menurutnya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Empat mukim yang dikenakan PKPD bermula semalam hingga 4 Jun di Perak ialah Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak; Mukim Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama; Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.

Sebanyak 276 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Perak semalam dengan 265 jangkitan tempatan dan 15 jangkitan dari luar negeri. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.