Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran


 

Shadan Othman (kiri) turut hadir ketika pemilik tanah (tiga dari kiri) dikompaun kerana menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran. (Gambar MPHTJ)

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada seorang pemilik tanah kerana memajukan tanah di Bukit Baru, Melaka tanpa kebenaran pada Selasa.

Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, hasil pemantauan pihaknya, pemilik tanah itu dipanggil dan mengakui kerja tanah dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu sejak seminggu lalu.

“Kita mengeluarkan kompaun RM50,000 mengikut Akta Jalan dan Parit Bangunan 1974,” katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Rabu.

Beliau berkata, kompaun itu dikeluarkan sebagai tindakan awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sebelum sebarang kerja tanah dimulakan, katanya, kebenaran perlu diperolehi daripada MPHTJ, tidak kira untuk meratakan atau mengubah struktur tanah.

“Jika lokasinya di cerun, ia boleh menyebabkan tanah runtuh, sekiranya kerja memajukan tanah itu tidak dilakukan dengan betul.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.