Hi! Welcome Back and Stay Tune! YAB Perdana Menteri Your Supporters, Close Friends Will Be Abandoning You Soon, Just Like What Happened To Dr Mahathir. Percayalah. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YAB Perdana Menteri Your Supporters, Close Friends Will Be Abandoning You Soon, Just Like What Happened To Dr Mahathir. Percayalah.


 Kesimpulannya kalau PRU diadakan esok, garenti Kerajaan PN akan kalah. YAB Perdana Menteri mungkin boleh hilang deposit sekali. 

Pertama sekali, sila lihat tiga video berikut (semua singkat saja).

1. Dalam video pertama ini seorang wanita  meluahkan perasaan fed up kepada Menteri Khairy Jamaluddin kerana dia di buli dan di perbodohkan  "tarikh appointment" vaksin Covid.   Dia telah mengikut segala prosedur tetapi terpaksa tunggu lama juga (untuk mendapatkan vaksin bagi ibu bapanya, seorangnya pesakit kanser). Tetapi bila sampai pada hari yang dijanji dia disuruh datang pada tarikh yang lain pula.  



Kesimpulannya wanita itu menjadi mangsa gross incompetence atau gross negligence atau dua-dua sekali.  Dan gross incompetence ini memang sudah menjadi trade mark pentadbiran Kerajaan sekarang. 

Satu lagi contoh adalah video no. 2 ini. Ini bukan video yang 'sebenarnya'. Video ini hanya lakonan 'parodi' tetapi tuan-tuan akan fahamlah siapa yang kena parodi dalam video ini. Saya tidak sanggup upload video asal (yang ada pada saya) sebab bagi saya orang yang terlibat itu First Class "par-ah" yang tidak layak disebut dalam blog ini. 


Kita bersyukurlah orang bodoh itu telah dipecat daripada jawatannya.  Malangnya terdapat lagi orang seperti ini dalam pentadbiran Kerajaan sekarang. Dan inilah wajah-wajah haprak yang sering dihadapi umum apabila mereka berdepan dengan pentadbiran Kerajaan. 

Video no. 3 ini adalah rakaman seorang lelaki di Kedah (ikut pelatnya) yang juga sangat marah dengan pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semua video ini sudah viral dalam media sosial. Tuan-tuan boleh dengar sendiri apa yang dia cakap: 



Yang berikut pula gambar yang dirakam oleh entah siapa yang menunjukkan koleksi komputer laptop dan smartfone (10 kesemuanya) yang sedang mencuba untuk berdaftar online untuk suntikan vaksin Astra Zeneca.  Al kisahnya kesemua 10 laptop dan smartfone ini masih tidak boleh berhubung menerusi talian online untuk berdaftar.  Maksudnya sistem pendaftaran itu tidak berfungsi. 


Umum sedia faham bahawa Kerajaan telah memperuntukkan RM70 juta khusus bagi sistem komputer integrasi data dan sistem janji temu. 


Tetapi malangnya walaupun duit rakyat RM70 Juta telah dibelanjakan tetapi sistem itu tidak berfungsi dengan baik. Ramai yang terpaksa cuba berkali-kali dan selama berjam-jam sebelum mereka boleh berdaftar untuk vaksin Astra Zeneca. 

Netizen lain pula buat perbandingan dengan website lain yang boleh 'handle large volume of data' tanpa sebarang masalah atau gangguan : 
  



My Conclusion : 

Jelas sekali pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin is falling down very badly. Sebenarnya seolah sudah jatuh tergolek.  Recent Press Conference YAB PM pun tidak diterima baik oleh umum. Saya telah mendapat banyak feedback dan komen - semuanya mengkritik dan mengutuk. Not one comment yang sokong atau setuju dengan PM. Cuma saya sendiri tidak buat komen kerana saya kenal Perdana Menteri personally sebagai seorang yang bersopan dan baik hati. 

Tetapi the job of Prime Minister cannot be appraised through sentiments or emotions. Kalau PM leka atau falling down on the job, nahas lah negara kita. 

Apa yang sedang berlaku sekarang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah serupa dengan pentadbiran kedua Tun Dr Mahathir Mohamed yang bertahan selama 22 bulan sahaja.  Dr Mahathir telah lupa segala janji untuk membuat pembaharuan. Sebaliknya Dr Mahathir kembali mentadbir Kerajaan kurang lebih ikut style lama yang telah membawa kepada kehancuran UMNO dan BN. 

Dan akibatnya rakyat umum telah menolak Dr Mahathir dan mengalahkan Dr Mahathir dalam TUJUH pilihanraya kecil termasuk kekalahan terlalu teruk sewaktu PRK di Tanjong Piai, Johor. 

Jadi apabila Dr Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan sudah menjadi begitu tidak popular pada pandangan umum maka sahabat terdekat dan penyokong 'setia' Dr Mahathir pun mula ragu dan bersyak-wasangka terhadap kebolehan dan kepintaran Dr Mahathir untuk mentadbir negara. Maka berlaku lah Sheraton Move dsbnya yang akhirnya melihat Dr Mahathir di singkirkan. 

The same thing will happen or is happening already dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang. Dalam sistem pilihan undi berdemokrasi dan sistem pemerintahan Kerajaan gabungan (coalition government)  the minute the Boss loses the support of the people, maka lifespan Boss akan menjadi amat terjejas. 

Dan sekali lagi yang akan mula ragui kebolehan Boss adalah penyokong terdekat dan sahabat paling 'setia'.  Sebab mereka akan mula khuatiri masa depan mereka sendiri. Terutama sekali mereka yang memegang 'kontrak-kontrak besar', memegang jawatan Menteri, jawatan tinggi dalam Kerajaan (kecuali LRT lah) dsbnya.

Mereka sudah mula berkira-dah : 'What will happen to me if the Prime Minister loses the elections?"

Dan mereka akan ready anytime untuk melompat atau switch loyalty kepada pemimpin lain atau coalition lain dsbnya (contohnya UMNO - DAP). 




Dan tentu sekali orang yang sebelum ini masih menaruh harapan untuk bekerjasama dengan YAB PM akan mula think twice now. Ataupun mungkin akan berlaku 'No Confidence Vote' yang baru !  You never know. 

Inilah keadaan yang saya nampak sekarang - serupa dengan apa yang telah berlaku kepada Dr Mahathir. History is repeating itself.

The solutions are simple. Cara penyelesaiannya mudah. Tetapi bagi orang yang berjoget dengan hantu, jin, jembalang dan polong kekadang the simplest solutions lah yang menjadi masalah yang paling besar.  Too many "ghosts" to deal with. Terlalu banyak hantu yang menghantui fikiran.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.