Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Mahu Vaksin Pula - Satu Lagi Masalah Orang Melayu. So Tolong Jangan Jeles Kalau Orang Lain Pulih Dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Mahu Vaksin Pula - Satu Lagi Masalah Orang Melayu. So Tolong Jangan Jeles Kalau Orang Lain Pulih Dulu


 Tuan-tuan saya menerima mesej berikut dalam Whatsapp. Saya tak tahu siapa penulisnya tetapi mesej ini sudah viral. 

1.  Ini bukan post perkauman tetapi kisah suatu kaum.

Saya tidak bekerja di Pusat Pemberian Vaksin tetapi ada menerima keluhan dari sahabat-sahabat yang terlibat menguruskan pemberian vaksin fasa 2.

Sungguh mengecewakan apabila ketidakhadiran penerima vaksin pada hari temujanji adalah tinggi hingga 30 - 40 % dari jumlah yang sepatutnya hadir.

Maksudnya jika 500 orang yang sepatutnya terima vaksin, seramai 150 hingga 200 orang tidak hadir.

  • Malangnya, majoriti yang tidak hadir adalah di kalangan orang Melayu. 
  • Malah di negeri-negeri Pantai Timur dengan peratusan penduduk Melayu yang tinggi, pendaftaran untuk vaksin juga rendah. 
  • Yang dah beri persetujuan, tidak hadir. 
  • Ada yang dah dapat dos pertama, enggan pula mendapat dos kedua.

Biasanya PPV akan ‘standby’ senarai menunggu. Jika nama yang sepatutnya hadir, tidak hadir, mereka akan digantikan dengan penerima lain. 

Ada yang tiada dalam ‘standby list’ ini, sanggup datang menunggu sampai ke petang, mencuba nasib sekiranya dapat mengisi kekosongan. 

Kadangkala berjaya, kadangkala tidak. Namun, mereka tidak serik datang lagi keesokan harinya kerana mereka tahu masa dan peluang untuk mendapatkan vaksin itu sangat berharga.

Satu pemerhatian oleh mereka yang bekerja di PPV ini ialah mereka yang sabar menunggu sampai ke petang ialah di kalangan masyarakat Tiong Hua. 

Ada yang bernasib baik, penantian mereka berhasil. 

Tetapi jika belum, mereka tidak jemu untuk berusaha lagi dan lagi datang menunggu walau berkerusi roda dan bertongkat.

Masyarakat Melayu bagaimana pula ? 

Mereka jaguh di media sosial. 

Apa saja maklumat walaupun tidak sahih, hanya andaian dan spekulasi, tuduhan dan sangkaan, perkara itulah yang disebar-sebar. 

Mak ayah yang dah dapat temujanji vaksin, anak-anak yang halang dan tidak memberi keizinan. 

Semua lebih percaya kepada khabar angin dan propaganda anti vaksin berbanding nasihat dan saranan mereka yang arif dan gesaan pemerintah. 

Tidak cukup sekadar itu, tohmahan dan kutukan dilemparkan tanpa adab kepada petugas dan penguatkuasa. 

Pemerintah dan kerajaan sememangnya telah lama menjadi sasaran.

Yang hairannya, mereka jugalah yang mengamuk bila tak dapat balik beraya jumpa mak ayah, tak dapat solat di masjid, tak dapat berniaga.

Mereka jugalah yang mengadu suami tak dapat teman di bilik bersalin, tak dapat melawat dan meneman ahli keluarga yang sakit di hospital, atau menziarahi ahli keluarga yang mati atau sakit di rumah.

Jangan bercakap soal marah kepada zionis Israel menindas Palestin, andai diri sendiri tak sanggup berkorban ambil risiko vaksin untuk menyelamatkan bangsa sendiri.

Jangan bercakap soal jihad mempertahankan nyawa saudara seIslam kita di Palestin, kalau melindungi nyawa bangsa sendiri pun berfikir dua kali.

Balik berhari raya memeluk mak ayah pun belum tentu kita dapat tahun depan kalau beginilah kita berterus-terusan tenggelam dalam arus teori konspirasi dan berita palsu. 

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua untuk membuat keputusan yang terbaik bukan semata-mata untuk diri sendiri tetapi untuk ummah dan negara Malaysia yang kita cintai ini.

2. Memang pun ramai orang Melayu tidak hadir di tempat suntikan vaksin. Ikut laporan NST 10,000 orang di Kelantan tidak hadir di pusat suntikan vaksin. Percayalah - kemungkinan besar hampir 100% daripada 10,000 orang ini adalah orang Melayu.



3.  Seperti biasa masih ramai orang Melayu lebih percaya perkara khurafat dan tahyul untuk menangani wabak Covid juga.  Yang berikut adalah Whatsapp yang lama tetapi viral sekali lagi.



4.  Dan dalam video berikut Tun Dr Mahathir turut luahkan frustration kepada orang Melayu yang lebih condong percaya khurafat seperti minum air kelapa untuk rawat Covid.  



Jadi tuan-tuan, saya ada dua mesej berkenaan perkara ini.

Mesej pertama : Jika tuan-tuan tidak mahu di suntik vaksin, malas nak pergi ke pusat suntikan, lebih percaya kepada bomoh, khurafat dan tahyul maka fahamlah bahawa wabak virus ini tidak akan hilang daripada masyarakat kita. Masyarakat kita maksudnya semua orang Malaysia - Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan semua kaum yang duduk dalam negara ini. 

Ini lojik yang simple ok -  lagi ramai rakyat kita di suntik dengan vaksin Covid maka lebih cepat-lah kita boleh mengatasi wabak ini. Lebih cepat-lah ekonomi dan negara kita akan pulih menjadi normal. 

Negara China dengan lebih 1.3 bilion penduduknya, Singapura, Britain, negara Eropah, New Zealand dan juga Amerika Syarikat sudah pulih hampir 100% atau sedang menghampiri full recovery.  Di Asia, negara Mongolia dan Bhutan sudah pulih 100% daripada wabak Covid.  Maksudnya kehidupan harian dan perjalanan ekonomi mereka sudah boleh berjalan seperti biasa.

Mesej kedua :  Jangan pula sesiapa pun merasa jeles terhadap orang Cina dan kaum lain yang rajin dan sabar hadir di pusat suntikan vaksin menunggu giliran mereka untuk disuntik vaksin.   

Paling ramai orang Cina telah rajin berdaftar online daripada awal lagi dan apabila dapat pengesahan hadir di pusat vaksin mereka menepati tarikh dan waktu yang dijanji. They follow instructions. 

Orang Cina berdisiplin dan yang lebih penting ialah mereka yakin dan percaya suntikan vaksin akan menyelamatkan kita semua daripada Covid. 

Mengikut mesej Whatsapp di atas itu : 

Satu pemerhatian oleh mereka yang bekerja di PPV ini ialah mereka yang sabar menunggu sampai ke petang ialah di kalangan masyarakat Tiong Hua. 

Ada yang bernasib baik, penantian mereka berhasil. 

Tetapi jika belum, mereka tidak jemu untuk berusaha lagi dan lagi datang menunggu walau berkerusi roda dan bertongkat.

Walaupun berkerusi roda dan bertongkat mereka sanggup datang menunggu di pusat vaksin. Jadi kita perlu bersyukurlah kepada Allah swt bahawa orang Cina begitu committed untuk disuntik vaksin Covid yang tentu sekali akan mengurangkan penularan virus Covid dalam negara kita.

Of course apabila mereka disuntik vaksin maka kes Covid dikalangan orang Cina akan berkurangan. Mereka akan pulih dengan lebih cepat dan ekonomi mereka pun akan kembali pulih dengan lebih cepat. 

Lagi ramai orang disuntik vaksin dan lebih cepat kita semua disuntik vaksin maka lagi cepat lah kita semua boleh sambungkan semula segala aktiviti dan kebiasaan harian kita. 

Kalau sesiapa nak berdegil untuk minum air kelapa atau berubat dengan tukang sihir itu pilihan tuan-tuan lah. Tetapi jangan pula sesiapa pun merasa jeles terhadap orang Cina yang berdisiplin dan rajin hadir di pusat vaksin Covid ikut janji-temu yang diberi. Dont be so unfair lah. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.