Hampir 3 juta pekebun sawit untung kesan kenaikan harga minyak sawit
PETALING JAYA: Kenaikan harga minyak sawit menguntungkan hampir tiga juta pekebun sawit sekali gus mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kesan kenaikan harga sawit yang ditanggung golongan M40 dan T20 itu juga mampu memulangkan nilai keringat sebenar pekebun kecil yang sudah lama diabaikan.
“Harga minyak sawit mentah di pasaran dunia sekarang ialah RM4000 hingga RM4500 pertan berbanding dulu hanya sekitar RM2000 pada 2019 dan sebelumnya.
“Kesannya Harga Buah Tandan Segar di ladang naik sekitar RM1000 per tan berbanding dulu RM300 pertan yang meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit dalam kategori miskin. Dengan kenaikan harga ini sekarang mereka bertukar status daripada B40 yang berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik,” katanya di Facebooknya.
Khairuddin berkata ekoran kenaikan harga minyak sawit mentah berlakulah kenaikan harga pada minyak sawit bertapis atau minyak masak.
Katanya, harga minyak masak bertapis lebih tinggi sekitar RM5000 pertan berbanding harga minyak sawit mentah.
“Oleh itu, dengan harga minyak sawit mentah RM4000 hingga RM4500, purata kos harga minyak masak di kilang ialah RM4.50 hingga RM5 per kg.
“Kalau 5kg sekitar RM25 belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain. Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga Minyak Masak di pasaran sekitar RM30 per 5kg,” katanya.
Khairuddin berkata sudah lama rakyat M40 dan T20 iaitu 60% rakyat Malaysia yang kaya menikmati harga minyak masak dengan harga rendah di atas kudrat dan keringat para pekebun kecil yang berpendapatan kecil.
Katanya, golongan kaya menikmati harga minyak masak sekitar RM20 untuk 5kg.
“Kos proses di kilang sekitar RM3 per kg termasuk botol dan pembungkusan.
“Ditambah dengan keuntungan pembekal, pemborong dan peruncit menjadi RM20 untuk 5kg. Sangat murah, tetapi pekebun kecil di kampung-kampung tidak cukup makan kerana harga sawit yang rendah ditambah dengan kos baja dan lainnya,” katanya. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment