Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jambatan kayu runtuh, ribuan penduduk Kampung Long Pasia, Long Mio di Sabah terkandas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jambatan kayu runtuh, ribuan penduduk Kampung Long Pasia, Long Mio di Sabah terkandas


 

Laluan keluar masuk di Kampung Long Pasia dan Long Mio terputus selepas salah sebuah jambatan runtuh akibat hujan lebat Sabtu lalu.

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Long Pasia dan Long Mio di Sipitang terkandas selepas sebuah jambatan kayu yang merupakan satu-satunya laluan keluar, runtuh baru-baru ini.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di dua kampung berkenaan tidak dapat keluar ke pekan Sipitang untuk mendapatkan bekalan keperluan harian atau ke Hospital Sipitang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap minggu.

Jarak Kampung Long Pasia dan Long Mio dari pekan Sipitang kira-kira 128km.

Wakil penduduk kampung itu, Andrew Laban berkata, jambatan itu runtuh malam Sabtu lalu akibat hujan lebat menyebabkan hubungan dan talian komunikasi dua kampung terbabit dengan pekan Sipitang turut terputus.

“Talian telefon di sini bergantung kepada menara telekomunikasi, namun ia perlu penjana kuasa untuk memastikan ia beroperasi 24 jam setiap hari. Kerosakan jambatan terbabit mengakibatkan bekalan diesel untuk penjana kuasa menara berkenaan tidak dapat dihantar.

“Lebih merisaukan penduduk di sana ialah sekiranya berlaku kecemasan, lebih-lebih lagi ada beberapa penduduk yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dua kali seminggu kerana penyakit yang dihidapi mereka,” katanya kepada FMT.

Andrew berkata, jalan itu diselia Forest Industries Sdn Bhd (SFI), sebelum ia menghentikan operasi di sekitar kawasan berkenaan.

Sebuah lagi jambatan di Kampung Long Pasia dan Long Mio yang dikatakan ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana juga hampir runtuh.

“Saya difahamkan jalan itu kini diselia sebuah lagi syarikat dengan kuasa itu diberikan kepada mereka baru-baru ini.

“Sepanjang jalan ini, ada lima jambatan kayu seperti yang telah runtuh dan salah sebuah daripadanya kini juga ‘nyawa-nyawa ikan’. Kalau jambatan itu pun runtuh, maka ia satu malapetaka kepada penduduk kampung, jika tiada tindakan segera.

“Jambatan yang hampir runtuh itu terletak kira-kira 20km daripada yang telah runtuh, bayangkan jika itu pun runtuh, berapa jauh penduduk kampung perlu berjalan kaki sekiranya berlaku kecemasan?”

Sehubungan itu, Andrew memohon pihak berwajib segera bertindak menyelesaikan masalah itu kerana bekalan keperluan harian, termasuk makanan dan minuman yang dijual di kampung terbabit lama-kelamaan akan kehabisan.

“Kalau boleh baiki segera dan kami juga berharap kerajaan akan membantu kami dengan mengeluarkan peruntukan agar membina jambatan lebih kukuh, walaupun hanya untuk kenderaan kecil.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.