Aplikasi Mengelat CVCheat Dengan Kecerdasan Buatan Dihasilkan – Boleh Digunakan Di PC dan Konsol
Permainan video kini tidak lagi dilihat sebagai aktiviti santai oleh sebilangan besar peminatnya. Dalam diam impian menjadi atlet esukan seperti Fatli1ty, Faker, SonicFox dan Kecik Imba disemat di dalam hati. Tetapi tidak semua bermain dengan adil dan aplikasi mengelat adalah isu yang semakin berleluasa. Pelbagai teknik anti mengelat digunakan oleh pembangun permainan video bagi mengesan penipuan. CVCheat berkata mereka berjaya mencipta aplikasi mengelat yang tidak boleh dikesan tetapi turut dilengkapi kecerdasan buatan.
CVCheat menggunakan kecerdasan buatan yang mengesan kewujudan musuh pada skrin sebelum peranti input yang menggerakkan senjata ke sasaran sebelum menembak lebih laju berbanding yang mampu dilakukan oleh manusia. Kerana CVCheat menggunakan peranti input seperti Cronus Zen yang tidak dilabel sebagai peranti mengelat, ia amat sukar untuk dikesan oleh aplikasi mengesan mengelat sedia ada.
Bagi menyukarkan lagi ia dikesan, pengguna CVCheat boleh mengarahkan aplikasi untuk tidak menembak tepat sepanjang masa. Ia boleh diarahkan menembak bahagian kaki beberapa kali dan bukan kepala sekali supaya tidak kelihatan terlalu meragukan.
Kerana ia adalah perkakasan luaran, ia boleh digunakan di PC dan juga konsol. Pada waktu terdapat sekitar 200 pengguna CVCheat dengan pembangun giat memperbaiki sistem supaya boleh menembak dala masa 10ms serta menyokong permainan dengan kadar bingkai 240 FPS.
Pembangun CVCheat tidak melihat aplikasi mereka sebagai mengelat tetapi sekadar membolehkan pemain konsol bersaing sama rata dengan pengguna PC yang menggunakan tetikus serta papan kekunci yang memberikan kawalan lebih pantas.
Sumber Arstechnica
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment