Hi! Welcome Back and Stay Tune! #Retrologi – Sony Pernah Menghasilkan Tetikus Yang Turut Boleh Menjadi Telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#Retrologi – Sony Pernah Menghasilkan Tetikus Yang Turut Boleh Menjadi Telefon


Penggunaan telefon VOIP merupakan antara yang popular suatu ketika dahulu sebelum populariti perkhidmatan panggilan suara dan video berasaskan internet hari ini. Kebiasaannya, di pejabat terdapat telefon dengan sokongan VOIP untuk memudahkan panggilan antarabangsa dan sebagainya.

Ketika era populariti VoIP sekitar 2005-2006 yang lepas, Sony turut pernah hadir dengan peranti dua dalam satu yang memfokuskan pengguna pejabat.

Sony VAIO Mouse Talk VOIP Phone (via Tehnabob)

Dalam penawaran mereka dinamakan Sony VAIO Mouse Talk VOIP Phone, ia mengabungkan rekaan tetikus dan telefon dalam satu.

Pengguna boleh menghubungkan peranti berkenaan ke komputer, dan menggunakan ia sebagai tetikus, atau mengangkatnya dan menggunakan ia untuk panggilan suara. Penatal tetikus turut digunakan untuk mengawal kelantangan suara.

Namun, salah satu kekangan adalah apabila anda sedang menjawab panggilan, ia akan menyukarkan anda untuk mencari fail dan dokumen pada desktop – kerana ketiadaan tetikus. Ini menjadi lebih sukar dan tidak mesra untuk pengguna desktop – memandangkan kebiasaannya di pejabat ketika itu, ramai menggunakan komputer desktop.

Produk ini boleh dikatakan antara produk Sony yang tidak berjaya di pasaran.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.