Kempen Bendera Putih – senarai tambahan bantuan
PETALING JAYA: Kempen “#BenderaPutih” adalah satu inisiatif masyarakat untuk membantu mereka yang terdesak memerlukan makanan dan bantuan ketika berdepan tempoh sukar dalam krisis ekonomi serta kesihatan ekoran wabak Covid-19.
Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran kewangan bagi mendapatkan bantuan tanpa rasa malu dan takut dengan hanya mengibarkan bendera putih di hadapan kediaman masing-masing sebagai isyarat mereka memerlukan pertolongan.
Berikut adalah senarai tambahan di mana bantuan boleh didapatkan:
Farm Direct Shop
Kedai ini yang terletak di Kuching mengusahakan inisiatif Free Food Pantry 2.0 buat mereka yang tinggal berhampiran.
Makanan siap dimasak (seperti nasi ayam): Isnin hingga Sabtu, 5 petang
Pek makanan (mengandungi barangan seperti beras, telur, dan lain-lain): Ahad, 3 petang
Sumbangan dan sukarelawan dialu-alukan.
Hubungi 016-8541181 (Alan). Untuk lebih maklumat, kunjungi laman Facebook Farm Direct Shop.
Runchit KL
Kedai runcit ini menyediakan bantuan makanan asas. Orang ramai yang memerlukan bantuan digalakkan mengunjungi kedai ini antara 9 pagi dan 6 petang (ditutup pada Jumaat) untuk mengambil barangan makanan.
Hubungi 010-4085040 atau kunjungi @runchit.kl di Instagram untuk maklumat lanjut.
Waze: Runchit
Z Twin Workshop
Kedai memperbaiki kenderaan ini menyediakan pek nasi bagi mereka yang tinggal di Wangsa Maju.
Hubungi @srhjamal di Twitter untuk maklumat lanjut.
Waze: Z Twin Workshop
Nansha Auto Garage
Kedai memperbaiki kenderaan yang terletak di Kulim, Kedah ini menubuhkan bank makanan buat individu memerlukan yang tinggal berhampiran.
Hubungi Nansha Auto Garage untuk maklumat lanjut.
Masjid Beijing
Masjid di Rantau Panjang menyediakan bantuan makanan asas bagi individu yang memerlukan di kawasan ini.
Hubungi 012-9093474 (Azman) atau 012-9566264 (Norizan) untuk maklumat lanjut. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment