Kedai Atas Talian Rasmi Oppo Bakal Berwajah Baharu – Penuhi Keperluan Pengguna Dengan Lebih Baik
Dalam usaha membawakan servis yang lebih baik buat para pengguna, kedai atas talian Oppo bakal berwajah baharu tidak lama lagi. Ini berikutan proses naik-taraf sedang dilaksanakan dan mereka menjanjikan pengguna lebih banyak sebab untuk terus kekal dengan perkhidmatan dan kandungan yang ditawarkan.
Jelas kelihatan, ia menampilkan wajah baru yang lebih segar dan mesra pengguna. Ia kelihatan lebih mesra pengguna dengan beberapa seksyen baharu seperti halaman utama, kategori produk, carta pembelian, khidmat pelanggan dan akaun pengguna. Dalam pada itu, ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma, tempoh pulangan semula selama 7 hari, pengambilan pembelian peranti secara di luar talian, jaminan waranti yang sah sepenuhnya dan sistem pembayaran yang selamat.
Dalam pada itu, Oppo dilihat turut cuba mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada pengguna bagi tujuan beberapa penambahbaikan sebelum diperkenalkan secara rasmi kelak. Bagi meraikan pelancarannya juga, Oppo mengadakan beberapa kempen dan promosi menarik untuk sejumlah telefon pintar dan produk IoTnya. Ini termasuklah Oppo Enco W11 yang boleh ditawarkan pada RM1 unuk mana-mana pembelian telefon pintar terpilih. Seterusnya, Oppo Reno5 5G yang boleh dibeli pada RM1,399 dan lebih banyak tawaran menarik lain yang pada masa akan datang.
Menurut Oppo Malaysia, ia akan bakal diperkenalkan secara rasmi pada 15 Julai ini. Sama-sama kita nantikan, penawaran lebih lanjut mengenainya. Anda boleh klik pada pautan disediakan di bawah bagi melihat sendiri kedai atas talian Oppo yang berwajah baharu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment