Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bomba selamatkan wanita cuba terjun dari tingkat 14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bomba selamatkan wanita cuba terjun dari tingkat 14


 

Bomba berkata, wanita itu berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat 14 sebuah residensi di Apartment Pelangi Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Wanita berusia 30-an itu yang bertindak mengunci grill dan pintu depan sebelum dipercayai mahu terjun melalui tingkap.

Menurut kenyataan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.42 tengah hari.

Difahamkan, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Usaha menyelamatkan turut melibatkan BBP Shah Alam.

“BBP Shah Alam membantu kerja-kerja memasang ‘air cushion’ dan membantu kerja memasang tali menyelamat di tingkat 16 dan anggota bersedia untuk memecahkan pintu gril dan pintu utama, mangsa berjaya diselamatkan,” menurut kenyataan.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 secara percuma atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.