Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis pengebumian, rentas negeri cetus kluster komuniti, kata Hisham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis pengebumian, rentas negeri cetus kluster komuniti, kata Hisham


 

Kluster Kerilla berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun merentas negeri dari Klang, Selangor ke Tanah Merah, Kelantan bagi menghadiri majlis pengebumian.

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini berpunca daripada tindakan beberapa individu yang melakukan perjalanan merentas negeri termasuk untuk menghadiri majlis pengebumian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kluster komuniti baharu dikesan adalah Kluster Jalan Bestari Yayasan yang berpunca daripada kes indeks seorang wanita tempatan berusia 53 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan dari Selangor ke Johor pada 9 Julai lepas bagi satu majlis pengebumian.

Beliau berkata wanita itu didapati positif Covid-19 pada 22 Julai dan hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat, seramai 19 orang didapati positif.

“Satu lagi kluster komuniti melibatkan majlis pengebumian ialah Kluster Kerilla yang berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dengan mempunyai sejarah perjalanan merentas negeri dari Klang, Selangor ke Tanah Merah, Kelantan pada 11 Julai lepas.

“Perbuatan itu mengakibatkan sembilan kes positif dikesan hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 23 kontak rapat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Hisham, tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang melakukan sejarah perjalanan merentas negeri dari Kelantan ke Selangor dan Johor pada 10 Julai hingga 15 Julai lepas turut mencetuskan kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang, Kelantan.

Beliau berkata setakat ini, seramai 12 orang didapati positif hasil 38 ujian saringan yang dilakukan terhadap kontak rapat selepas kes indeks didapati positif Covid-19 pada 18 Julai lepas.

Sebanyak 30 kluster baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.

Sebanyak 16 kluster merupakan kluster komuniti, lapan merupakan kluster tempat kerja, empat kluster kumpulan berisiko tinggi manakala masing-masing satu kluster keagamaan serta pendidikan tinggi. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.