Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Induk Google Memperkenalkan Intrinsic – Memfokuskan Perisian Untuk Robotik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Induk Google Memperkenalkan Intrinsic – Memfokuskan Perisian Untuk Robotik


Alphabet, syarikat induk disebalik Google, kini telah mengumumkan penubuhan syarikat baharu, dinamakan sebagai Intrinsic.

Intrinsic akan memfokuskan kepada pembangunan perisian bagi digunakan dalam pembangunan robot. Ia akan memfokuskan kepada pembangunan perisian dan sokongan yang menjadikan arena robotik lebih mudah digunakan selain menjadikan kos untuknya murah melalui penawaran perisian khas.

Untuk makluman, sebelum ini, terdapat beberapa projek dibawah Alphabet mahupun Google yang membangunkan sejumlah teknologi memfokuskan robotik – termasuk berkaitan dron dan sebagainya. 

Malah, sebelum ini Boston Dynamics sendiri telah diambil-alih oleh Google – iaitu syarikat terkenal dalam pembangunan robot. Namun, Google telah menjualnya beberapa tahun lepas, dan kini syarikat berkenaan dimiliki oleh Hyundai.

Sebelum ini, ia turut pernah dilaporkan yang mana Google sedang melihat arena ini yang ingin turut mengintegrasikan ciri kecerdasan buatan dalam menjadikan pembangunan dan pembelajaran lebih mudah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.