Cubaan seludup keluar 1 tan ketum ke negara jiran tumpas
PADANG BESAR: Cubaan menyeludup keluar lebih satu tan daun ketum bernilai RM21,600 ke negara jiran, gagal apabila dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi dua operasi berasingan di sini, awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Azhar Hashim berkata dalam satu operasi di Kampung Kubang Tiga 12.30 pagi tadi, pihaknya menemui satu tan daun ketum yang diisi dalam 20 guni berwarna putih dan 19 bungkusan plastik hitam, dalam sebuah pondok usang.
“Kita percaya sindiket ini sudah agak lama beroperasi, antara tiga ke enam bulan melihat kepada keadaan daun yang agak layu tersimpan lama di dalam pondok sebagai tempat transit pemunggahan.
“Bekalan dipercayai dari Kedah dan permintaan agak tinggi di negara jiran menyebabkan mereka (penyeludup) akan sentiasa mencuba untuk seludup daun ketum ke pasaran negara jiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azhar berkata kejayaan dalam dua operasi itu membuktikan penyeludup semakin terdesak berikutan harga pasaran daun ketum ketika ini mencecah RM150 sekilogram, namun pihaknya akan terus berusaha mengekang aktiviti penyeludupan.
Semua hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment