Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak masuk ‘kebun durian’, minta sendiri kebenaran, kata MB Pahang kepada Chong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak masuk ‘kebun durian’, minta sendiri kebenaran, kata MB Pahang kepada Chong


 

Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Ahmad Masrizal Muhamad di Wisma Sri Pahang, Kuantan, petang semalam yang turut disertai Chong Sin Woon.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon diminta untuk mendapatkan sendiri kebenaran jika pekebun haram Musang King di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan, kata Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, Chong perlu mendapatkan sendiri kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) jika pekebun haram itu mahu memasuki kawasan operasi bagi mendapatkan semula barangan milik mereka di dalamnya.

“Dalam pada itu pun, saya menerima permintaan daripada Datuk Chong (Sin Woon) agar pekebun-pekebun haram terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di dalamnya.

“Kepada permintaan ini, saya telah meminta Datuk Chong mendapatkan sendiri kebenaran untuk pekebun terbabit berbuat demikian daripada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Rosdy berkata beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Ahmad Masrizal Muhamad di Wisma Sri Pahang, Kuantan, petang semalam yang turut disertai Chong.

Katanya, dalam kunjungan hormat itu, perkara tentang kerja-kerja penguatkuasaan dalam HSK Batu Talam khususnya membabitkan kawasan seluas 101.17 hektar meliputi kebun haram durian musang king, telah dibangkitkan.

Susulan itu, beliau menyatakan ketegasan secara konsisten oleh kerajaan Pahang dalam kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan tanpa mengira kaum mahu pun kawasan atau daerah ia berlaku ke atas pencerobohan tanah secara haram di negeri tersebut. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.