Tengku Zafrul adakan libat urus PPN bersama Sarawak
KUCHING: Satu sesi libat urus mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara maya, diadakan antara Kementerian Kewangan dan pemimpin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), lewat petang tadi.
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan malam ini memaklumkan, sesi satu jam itu yang dipengerusikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Penyelaras PPN, bertujuan untuk memperkukuhkan keberkesanan PPN.
Barisan pemimpin GPS dalam sesi itu diketuai Ketua Menteri Abang Johari Openg dan ketiga-tiga timbalannya, Douglas Uggah Embas, Dr James Jemut Masing dan Awang Tengah Ali Hasan, serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda di kementerian yang sama, Dr Penguang Manggil.
“Pihak Kerajaan Sarawak telah memberi beberapa input daripada perspektif Sarawak, ke arah memperkukuhkan ekonomi negeri, dengan mengambil kira impak pandemik Covid-19 dan sumbangan kepada ekonomi nasional,” menurut kenyataan tersebut.
Faktor teras juga merangkumi potensi pertanian berdasarkan ‘internet of things’ (IOT), dan ekonomi berasaskan kelestarian sumber dan keselamatan di perbatasan yang amat panjang antara Sarawak dan Kalimantan, yang mempunyai kesan mendalam ke atas sosioekonomi Sarawak.
Turut disentuh adalah mengenai pelaksanaan fasa-fasa PPN, yang harus disesuaikan dengan keadaan di Sarawak yang hampir sama besar dengan Semenanjung, menurut kenyataan itu. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment