Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua negeri, KL, Labuan kritikal, sistem kesihatan hampir lumpuh, kata Noor Hisham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua negeri, KL, Labuan kritikal, sistem kesihatan hampir lumpuh, kata Noor Hisham


 

Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan merekodkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri masing-masing, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA: Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan dalam kedudukan kritikal selepas merekodkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di situ.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, purata jumlah kes baharu harian selama tujuh hari masih tinggi iaitu 6,539 kes, berbanding nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu, kurang daripada 4,000 kes sehari atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk.

Selain itu, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sarawak dan Pahang, juga mencatat bilangan kes melebihi nilai ambang bagi setiap 100,000 penduduk.

Selangor, Negeri Sembilan serta Kuala Lumpur dan Labuan mencatat lebih 38 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk, sekali gus sistem kesihatan di situ berisiko lumpuh, katanya.

Katanya, kes harian baharu dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan, malah kes meningkat secara purata 2.6% selama tujuh hari kebelakangan ini.

“Jika situasi sama berterusan, sistem kesihatan di negeri lain di seluruh negara juga akan berdepan situasi sama. Justeru, pihak kementerian mengambil langkah segera bertujuan meningkatkan kapasiti merawat Covid-19 di lapangan.

“Antara langkah berkenaan adalah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, ditukar kepada ‘Full Covid-19 Hospital'”, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, langkah lain berkaitan adalah meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk dijadikan pusat rawatan pesakit kategori 4 dan 5; memindahkan pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta terutamanya sekitar HKL dan HTAR melalui mekanisme penyumberan luar; dan mempertimbang menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes Covid-19.

Selain itu, langkah lain adalah menaik taraf kegunaan katil di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal Covid-19; menambah kapasiti katil bagi menempat pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit Covid-19 dan cadangan menggunakan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital Covid-19.

Nor Hisham berkata, pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan 112 hospital swasta, khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit Covid-19 di katil wad biasa dan di katil ICU serta menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta.

“Kita juga akan memobilisasikan lebih ramai petugas kesihatan dari negeri-negeri PPN fasa dua ke negeri-negeri kritikal bagi tujuan rawatan pesakit, mobilisasi anggota dari hospital swasta dan menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti mengawal wabak Covid-19 dan vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, negeri yang beralih ke fasa dua dinasihatkan terus mengamalkan kepatuhan penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.