Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Mengaku Mengurangkan Prestasi OnePlus 9 dan 9 Pro Untuk Menjimatkan Penggunaan Bateri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Mengaku Mengurangkan Prestasi OnePlus 9 dan 9 Pro Untuk Menjimatkan Penggunaan Bateri


Dalam ujian yang dilakukan oleh Anandtech beberapa hari yang lalu, mereka mendapati markah penanda aras sesetengah aplikasi adalah lebih rendah berbanding peranti lain yang menggunakan Snapdragon 888. Markah ujian HMTL misalnya memang jelas rendah tetapi apabila mengakses Geekbench pula, kemampuan yang lebih tinggi dicatatkan. Ini menyebabkan Geekbench telah menyahsenarai markah yang dicatatkan oleh OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro pada laman mereka.

Kini OnePlus telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu marka penanda aras yang tidak konsisten. Menurut OnePlus, mereka sentiasa mendengar maklum balas dari pengguna. Antara isu yang diterima ialah haba dan penggunaan bateri pada aplikasi seperti Chrome. Oleh itu pada OxygenOS, sesetengah aplikasi telah dioptimasi untuk tidak menggunakan teras utama yang lebih berkuasa bagi tujuan penjimatan bateri.

Maka pengurangan prestasi ini adalah sengaja untuk mengimbangi kuasa memproses, bateri dan haba yang dihasilkan pada peranti mereka. Fokus mereka ialah untuk melakukan sebaik mungkin untuk menawarkan yang terbaik kepada pengguna mereka.

Sumber XDA Developer



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.