Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Kini Memudahkan Anda Mencari Kerja Melalui TikTok Resumes – Bermula Dari Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Kini Memudahkan Anda Mencari Kerja Melalui TikTok Resumes – Bermula Dari Amerika Syarikat


TikTok sedia popular dikalangan ramai anak muda, dalam berkongsi tips, pendapat, hobi, mahupun reaksi. Terbaru, dalam mempelbagaikan lagi penggunaannya, TikTok hari ini mengumumkan TikTok Resumes.

Melalui TikTok Resumes, pengguna TikTok boleh membuat carian kerja kosong, seterusnya menghantar “resume” dalam bentuk video kepada pihak berkaitan.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Namun, menariknya sejumlah besar syarikat telah menyenaraikan kerja kosong pada platform berkenaan, dan mula menerima TikTok Resumes ini – sekaligus memperlihatkan permintaan untuknya akan meningkat dari hari ke hari, apatah lagi bila ia diperluaskan ke negara lain.

Menariknya, kerja yang disenaraikan bukan sekadar berkaitan media sosial sahaja, tetapi turut melibatkan kerja seperti berkaitan arena rantaian-blok, saintis data, dan sebagainya.

Adakah dengan langkah ini, kita akan mula melihat kepada kaedah serba baharu dalam membuat permohonan kerja – sekaligus menggantikan kaedah sedia ada hari ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.