Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerangka Samsung Galaxy Z Fold3 Tertiris Menunjukkan Tempat Simpanan S-Pen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerangka Samsung Galaxy Z Fold3 Tertiris Menunjukkan Tempat Simpanan S-Pen


Sokongan S Pen akan diberikan buat pertama kalinya pada Samsung Galaxy Z Fold3 tahun ini sebagai ganti kepada siri Galaxy Note yang tidak akan dilancarkan. Tetapi ramai tertanya-tanya bagaimanakah stylus akan disimpan kelak pada peranti boleh lipat ini? Bagi yang inginkan tempat simpanan secara terbina, laporan pagi ini pasti akan mengecewakan.

Seperti pada Galaxy S21 Ultra, S Pen akan disimpan secara luaran pada kerangka khas yang dipasarkan oleh Samsung kelak. Tempat simpanan diletakkan pad bahagian tulang belakang mekanisme lipatan pada kerangka ini. Akibatnya peranti akan menjadi sedikit lebar pada mod ditutup dan berbonggol dalam mod terbuka.

Walaupun Galaxy Z Fold3 ialah peranti yang besar, Samsung masih tidak mampu untuk mencari ruang mencukupi untuk menyimpan stylus di dalam tubuh. Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan dilancarkan pada 11 Ogos hadapan.

Sumber 91Mobiles



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.