Hi! Welcome Back and Stay Tune! TSMC Dalam Perbincangan Awal Untuk Membangunkan Kilang Pembuatan Cip Semikonduktor Di Jerman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TSMC Dalam Perbincangan Awal Untuk Membangunkan Kilang Pembuatan Cip Semikonduktor Di Jerman


Kesatuan Eropah, khususnya Jerman nampaknya akan menjadi medan pembuatan cip semikonduktor penting dalam masa beberapa tahun lagi. Jika sebelum ini Intel dilihat berminat untuk melaburkan sebanyak 20 bilion Euro di rantau tersebut untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan semikonduktor mereka, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) juga nampaknya bersedia untuk melakukan pelaburan di rantau tersebut.

Pada perjumpaan agung tahunan syarikat tersebut, pengerusi TSMC Mark Liu telah mengatakan bahawa mereka sedang dalam perbincangan dengan kerajaan negara Jerman untuk membangunkan kilang pembuatan cip pemprosesan di negara tersebut.

Ini boleh dilihat sebagai langkah pertama TSMC dalam membangunkan sejumlah kilang pembuatan cip semikonduktor di rantau Kesatuan Eropah menjelang 2030 kelak. Intel merupakan satu lagi syarikat yang mempunyai pelan yang sama, malah mereka juga dilihat sedang mencuba untuk membeli sebuah lagi syarikat pembuat cip semikonduktor, Global Foundries untuk meningkatkan kapasiti dan pegangan pasaran cip semikonduktor global.

TSMC merupakan syarikat pembuat cip semikonduktor paling penting di dunia sekarang, khususnya kerana mereka bertanggungjawab untuk mengilangkan rekaan cip daripada syarikat-syarikat seperti AMD, NVIDIA, Qualcomm dan sebagainya yang digunakan untuk menguasakan pelbagai perkakasan elektronik di dunia.

Sumber: DigiTimes



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.