Hi! Welcome Back and Stay Tune! KitaJaga.co Ingin Memudahkan Mereka Yang Memerlukan Mengetahui Bank Makanan Berdekatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KitaJaga.co Ingin Memudahkan Mereka Yang Memerlukan Mengetahui Bank Makanan Berdekatan


Pada hari ini, disebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan, salah satu inisiatif yang diambil oleh rakyat adalah bantuan kejiranan dalam bentuk makanan dan sebagainya. Ia turut dipopularkan dengan kempen #BenderaPutih.

Apa pun, disebabkan oleh perkongsian di laman sosial, tiada sebarang pusat sehenti yang memudahkan orang ramai untuk mengetahui bantuan yang terdapat di luar sana, atau sesiapa yang memerlukan bantuan.

Dalam memudahkan perkara berkenaan, salah satu aplikasi berasaskan web yang ingin membantu adalah KitaJaga.

KitaJaga menggunakan antaramuka berasaskan peta, membolehkan pengguna mengetahui dimanakah terdapatnya bantuan, selain siapa yang memerlukan bantuan. Pengguna tidak perlu log masuk untuk menggunakannya, dan boleh mengaksesnya serta-merta terus dengan mudah.

Pengguna juga boleh menambah penawaran masing-masing di lokasi anda, ataupun, menambah notifikasi sekiranya memerlukan bantuan daripada kejiranan.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi web KitaJaga.co ini dalam membantu orang ramai, atau sekiranya memerlukan sebarang bantuan – sekaligus membolehkan kita jaga dan ambil berat antara satu sama lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.