Hi! Welcome Back and Stay Tune! Musnah kebun Musang King bukan agenda perkauman, kata MB Pahang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Musnah kebun Musang King bukan agenda perkauman, kata MB Pahang


 

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ia adalah operasi penguatkuasaan biasa, namun mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan terhadap pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

PETALING JAYA: Operasi pemusnahan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub bukan berkisar isu perkauman.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sebelum ini kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

Beliau berkata, ia adalah operasi penguatkuasaan biasa, namun mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan terhadap pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

“Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan dimiliki Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

“Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguat kuasaan dilaksana selepas mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Wan Rosdy berkata, operasi itu dilakukan secara bersepadu membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), selain mendapat kerjasama polis.

Katanya, operasi pemusnahan dianggarkan selesai kira-kira sebulan.

“Tempoh kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai lalu, dan dijangka selesai sehingga 2 Ogos depan atau mengambil masa hampir sebulan,” katanya.

Beliau berkata, seluas 101.17 hektar kebun haram ditanam durian Musang King berkenaan akan dilupuskan.

“Sehingga kini, seramai 22 individu ditahan membabitkan operasi memusnahkan kebun haram terbabit. Operasi penguatkuasaan dilaksanakan termasuk menahan mana-mana individu memasuki HSK Batu Talam tanpa kebenaran, selain akan menyita apa juga barangan dan kenderaan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.