Hi! Welcome Back and Stay Tune! Korea Selatan Mempunyai Kelajuan 5G Purata Tertinggi Dunia – Hampir 50 Kali Ganda Lebih Laju Daripada Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Korea Selatan Mempunyai Kelajuan 5G Purata Tertinggi Dunia – Hampir 50 Kali Ganda Lebih Laju Daripada Malaysia


Korea Selatan ialah negara pertama yang melancarkan rangkaian 5G komersial dunia pada Disember 2018. Selepas hampir tiga tahun menikmati rangkaian selular generasi tertinggi, Korea Selatan kini adalah negara dengan kelajuan 5G purata tertinggi dunia yang mencecah 499.31 Mbps menurut laporan Speedcheck.org.

Ia jauh meninggalkan Taiwan yang di tangga kedua yang hanya menawarkan kelajuan purata 5G 135.36 Mbps dan UK di tangga ketiga dengan kelajuan 126.49 Mbps. Negara Asia Tenggara dengan kelajuan 5G tertinggi ialah Singapura (47.42 Mbps) diikuti oleh Thailand (37.5 Mbps).

Malaysia masih belum menawarkan rangkaian 5G tetapi menurut angka terkini Speedtest pada Mei lalu, kelajuan purata muat turun 4G di Malaysia ialah 10.343 Mbps sahaja. Ini bermakna kelajuan muat turun purata 5G di Korea Selatan adalah 48.38 kali ganda lebih laju berbanding di Malaysia.

Dengan penangguhan beberapa kali, kami hanya boleh berharap 5G akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada penghujung 2021. Tetapi melihat kepada isu yang berbangkit ketika pandemik ini, isu di Malaysia sebenarnya bukanlah kelajuan tetapi kos data yang masih tinggi bagi golongan kebanyakan dan keperluan 4G ditawarkan dengan lebih meluas ke kawasan luar bandar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.