Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tak terlibat kenakan caj kepada waris jenazah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tak terlibat kenakan caj kepada waris jenazah


 

Pihak Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh menjelaskan Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 serta bukan Covid-19 sahaja.

Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur dalam kenyataan berkata pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Semua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan menerusi satu mesej suara dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.