Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Berjenama Snapdragon Kini Rasmi – Dibangunkan Bersama Qualcomm Dan Asus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Berjenama Snapdragon Kini Rasmi – Dibangunkan Bersama Qualcomm Dan Asus


Qualcomm sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan Snapdragon yang digunakan meluas pada telefon pintar hari ini. Menariknya, hari ini mereka turut memperkenalkan sebuah telefon pintar berjenama Snapdragon, yang dibangunkan bersama pihak Asus.

Dinamakan “Smartphone for Snapdragon Insiders”, yang mana ditujukan kepada para peminat teknologi dan pembangun dalam menikmati dan melihat apakah yang ditawarkan oleh Snapdragon.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 888, memori 16GB RAM LPDDR5, storan 512GB UFS 3.1, dan menggunakan bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera 64-megapixel yang turut dilengkapi sensor 12MP sudut-lebar, dan juga 8MP telefoto pada bahagian belakang.

Snapdragon Phone

Qualcomm dan Asus masih belum mengumumkan tarikh penawarannya kepada umum. Ia dijangka dipasarkan di beberapa buah negara bermula Ogos, pada harga $1499, iaitu mencapai RM6276.

Adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini apabila ia dipasarkan kelak?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.