Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xperia 10 III Turut Memasuki Pasaran Malaysia – Dijana Snapdragon 690, Sokongan 5G, Berharga RM1999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xperia 10 III Turut Memasuki Pasaran Malaysia – Dijana Snapdragon 690, Sokongan 5G, Berharga RM1999


Bagi para peminat peranti Xperia, sekiranya model Xperia 1 III dan juga Xperia 5 III berharga tinggi, pihak Sony turut akan membawa masuk satu lagi model untuk pasaran tempatan, iaitu Xperia 10 III.

Sony Xperia 10 III hadir dengan pengalaman penggunaan seumpama peranti mercu mereka, tetapi dengan spesifikasi sedikit rendah.

Sony Xperia 10 III hadir dengan skrin 6-inci OLED menggunakan rekaan nisbah 21:9, dilengkapi sokongan paparan HDR, dijana cip Sapdragon 690, dan turut menyertakan sokongan rangkaian 5G.

Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan sensor utama 12MP + 8MP ultra-lebar, dan 8MP telefoto. Tiada penjenamaan ZEISS digunakan pada siri peranti ini.

Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 4500mAh, dilengkapi sokongan bicu audio 3.5mm, dan sokongan kalis air.

Bagi anda yang berminat, kelak boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1999 di Malaysia. Tarikh penawarannya masih tidak diumumkan buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.