3 rentung dalam kemalangan kereta
PETALING JAYA: Tiga dilaporkan mati rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas melanggar pokok sebelum terbakar dalam kejadian di Georgetown, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Kejadian itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki tiga mangsa musnah sepenuhnya dan identiti mereka juga belum dapat dikenal pasti.
Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak yang dihantar ke lokasi mendapati mangsa terperangkap dalam kenderaan yang sedang terbakar sebelum disahkan meninggal dunia.
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja pemadaman api sambil mengenakan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE).
“Mereka kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.
Jurucakap itu berkata, operasi menyelamat itu selesai dilakukan pada jam 3.05 pagi. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment