Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ciri “Adaptive Charging” Pada Pixel Dalam Android 12 Kini Mengecas Peranti Sehingga Penuh Mengikut Penggera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ciri “Adaptive Charging” Pada Pixel Dalam Android 12 Kini Mengecas Peranti Sehingga Penuh Mengikut Penggera


Google masih menggunakan pengecasan pantas asas berasaskan piawaian Power Delivery. Google juga yang mewajibkan peranti Android perlu menyokong sistem pengecasan ini. Sehingga Pixel 5 peranti-peranti Google semuanya masih 18W sahaja.

Sejak Disember lalu, Google mula mengoptimasikan bateri peranti Pixel terpilih dengan kemaskini Pixel Feature Drop, Pixel Adaptive Charging. Peranti akan dicas dengan pantas sehingga 80% dan untuk ke 100% ia akan menerima kuasa yang lebih rendah. Pengguna juga boleh tetapkan melalui aplikasi jam untuk peranti dicas mengikut penggera dan masa yang disarankan iaitu selepas 9 malam dan wajib mempunyai penggera dari 5-10 pagi.

Terkini dalam Android 12, sistem pengecasan adaptif ini telah dikemaskini dalam versi beta keempat. Selain mengecas peranti dengan pantas sehingga 80% dan perlahan ke 100%, baki 20% itu kini dilihat mengikut penggera yang pengguna tetapkan.

Google Pixel 6

Ada laporan nyatakan 80%-100% mengambil masa 30 minit sehingga 90 minit. Ini adalah ciri untuk menjamin jangka hayat bateri. Dengan Pixel 6 dikatakan menyokong kemaskini sehingga 6 tahun, kerana menggunakan cip Tensor yang dikawal 100% oleh Google sendiri. Masuk akal untuk mereka mengemaskini ciri Adaptive Charging ini selepas sekian lama hanya asas sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.