Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki warga Britain ditemui maut jatuh dari tingkat 19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki warga Britain ditemui maut jatuh dari tingkat 19


 

Polis berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Britain ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai jatuh dari tingkat 19 di sebuah kondominium di Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.39 pagi yang memaklumkan berkenaan kematian akibat jatuh bangunan.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 58 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di lantai tingkat bawah.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan akibat kematian isterinya baru-baru ini kerana jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Muhammad Idzam, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Dalam kes yang berasingan, seorang pemilik kedai cuci kereta melaporkan menemui mayat pekerja dalam keadaan tergantung di dalam stor kedai mencuci kereta di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 22 tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa merupakan orang pengawasan polis (OPP) yang dikenakan hukuman pengawasan selama dua tahun, di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959,” kata Idzam.

Beliau berkata, kedua-dua kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut diteruskan.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-7627-2929 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.