Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clubhouse Akan Memperkenalkan Ciri Audio Spatial Untuk Memberi Suasana Perbualan Lebih Realistik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clubhouse Akan Memperkenalkan Ciri Audio Spatial Untuk Memberi Suasana Perbualan Lebih Realistik


Pada tahun lepas, Clubhouse, sebuah aplikasi perbualan audio diperkenalkan sebagai sebuah aplikasi yang cuba untuk memperkenalkan satu cara mudah untuk membolehkan ramai orang berbual dengan satu sama lain, tatkala wabak COVID-19 yang masih lagi sedang merebak.

Sejak ia diperkenalkan, syarikat disebalik aplikasi tersebut telah memperkenalkan pelbagai jenis fungsi, dan telah mengembangkan kebolehan orang ramai untuk memuat-turun terus aplikasi tersebut pada platform Android selepas memperkenalkannya untuk pengguna iOS sahaja terlebih dahulu.

Terkini, Clubhouse dikatakan akan memperkenalkan fungsi audio spatial untuk memberi para pengguna suasana perbualan yang lebih realistik. Menurut Clubhouse, fungsi ini akan secara automatik memberi “lokasi spatial” kepada mereka yang berbicara dalam bilik berborak, dan jika anda menggunakan fon telinga atau fon kepala, perbualan diantara beberapa orang ini akan kedengaran seperti mereka sedang bercakap di hadapan ataupun sisi pendengar.

Fungsi ini juga dikatakan diperkenalkan kerana Clubhouse juga digunakan untuk tujuan persembahan dan hiburan secara audio yang boleh dimanfaatkan mereka yang membuka bilik-bilik perbualan untuk tujuan sedemikian.

Clubhouse memberi contoh untuk ruangan komedi, aplikasi tersebut akan mengesan audio percakapan komedi tersebut, dan meletakkan ruangan audio spatialnya di hadapan pendengar-pendengar lain, manakala audio gelak-tawa akan diletakkan di bahagian kiri dan kanan orang tersebut.

Clubhouse masih belum mengesahkan bilakah fungsi audio spatial ini akan diperkenalkan, tetapi ia dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: Reuters



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.