Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Vivo X70 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 9 September Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Vivo X70 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 9 September Ini


Selepas tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular, Vivo kini secara rasminya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuknya menerusi perkongsian terkini di Weibo, hari ini. Imej berbentuk poster pelancaran itu menunjukkan bahawa siri Vivo X70 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September 2021.

Dalam pada itu, laman pengiklanan rasmi untuk siri berkenaan juga telah mula diterbitkan bagi memulakan proses pendaftaran minat. Apa yang menariknya, rekaan untuk salah satu daripada model di bawah siri berkenaan iaitu Vivo X70 Pro+ telah diperlihatkan sepenuhnya dengan lebih dekat menerusi laman tersebut.

Ia kelihatan mirip dengan imej pengolokan yang pernah tersebar sebelum ini. Ia menampilkan bonggol kamera besar yang disertakan dengan tiga kamera disusun secara menegak dan satu sensor tambahan di sisi. Turut kelihatan, terdapatnya penjenamaan Zeiss bersaiz kecil, sokongan LED Flashnya dalam bentuk memanjang dan beberapa lagi logo kecil lain bersama-sama dengannya. Panel hadapan pula menggunakan skrin berlubang di tengah.

Kalau perasan, trend bonggol kamera besar sebegini turut pernah digunakan oleh beberapa model telefon pintar lain sebelum ini. Antaranya seperti, OnePlus 8T Cyberpunk Edition, Mi 11 Ultra, Nubia Z30 Pro dan RedMagic 6. Bezanya, Vivo menggunakan panel kaca tambahan padanya. Untuk ketahui penawaran lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Weibo



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.