Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Yang Menggunakan Windows 11 Dengan CPU Yang Tidak Disokong Secara Rasmi Tidak Akan Menerima Kemaskini Terbaru Sistem Operasi Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Yang Menggunakan Windows 11 Dengan CPU Yang Tidak Disokong Secara Rasmi Tidak Akan Menerima Kemaskini Terbaru Sistem Operasi Tersebut


Microsoft baru-baru ini telah memperkenalkan fail ISO untuk memudahkan pemasangan sistem operasi Windows 11 beta terbaru, dan mengemaskini senarai CPU yang disokong secara rasmi oleh sistem operasi tersebut baru-baru ini.

Secara teknikalnya, melalui ISO ini, pelbagai jenis komputer boleh memasang sistem operasi ini, tetapi The Verge melaporkan bahawa walaupun perkara ini adalah benar, The Verge baru-baru ini melaporkan bahawa walaupun perkara ini adalah benar, terdapat satu perkara yang tidak dijelaskan oleh Microsoft mengenai perkara ini.

Apabila pengguna memasang sistem operasi Windows 11 ini dengan komputer yang menggunakan CPU yang tidak disokong, pengguna tidak akan menerima kemaskini dari segi ciri dan sekuriti di masa akan datang apabila sistem operasi ini dilancarkan secara rasmi kelak.

Mereka juga mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa untuk komputer-komputer ini, kemaskini perisian pemandu akan perlu dimuat-turun secara manual, dan ia tidak akan diedarkan secara automatik melalui fungsi Windows Update.

Untuk mendapatkan fungsi-fungsi baru, pengguna-pengguna ini juga dijangka akan perlu memuat-turun fail ISO dengan kemaskini terbaru setiap kali ia diperkenalkan, dan untuk mereka yang tidak begitu biasa dengan proses ini, ia boleh dikatakan sebuah proses yang cukup leceh sekali.

Jika anda berminat untuk menaiktarafkan komputer anda ke sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini, kami sarankan anda membaca senarai spesifikasi minima yang diperlukan untuk menggerakkannya tanpa masalah.

Sumber: The Verge



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.